Assalamualaikum wbt...
Berita baik kepada semua pendengar NasyidFM... Diatas permintaan ramai, kini NasyidFM telah mula menjual T-Shirt Ekslusif NasyidFM untuk pendengar-pendengar yang dikasihi... Di bawah adalah merupakan design T-Shirt Ekslusif NasyidFM yang akan dijual kepada semua pendengar NasyidFM... Harga dan saiz bagi setiap T-shirt adalah seperti berikut :
T-shirt Muslimah NasyidFM = RM35.00
T-shirt Lelaki NasyidFM = RM28.00
Saiz : S, M, L, XL, XXL, XXXL
*Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran
*Kos Penghantaran ( shipping cost ) = RM5
T-shirt Ekslusif NasyidFM ini merupakan product terhad... Jangan lengahkan masa anda.... Dapatkan segera di NasyidFM sementara stok masih
Berikut merupakan cara untuk anda membuat tempahan bagi T-shirt Ekslusif NasyidFM :
E-mailkan Butiran Tersebut ke order@nasyidfm.net.my
-----------------------------------------------------------------------------
Nama :
Email :
No. Telefon :
Alamat :
Kuantiti Pembelian :
Saiz :
Warna :
-----------------------------------------------------------------------------
1) Pembayaran Boleh Dibuat Melalui Bank
Bank : Maybank
| No Akaun : 166010091191
| Pemegang Akaun : Muhammad Firdaus Bin Zamri
Bank : CIMB
| No Akaun : 16010012358528
| Pemegang Akaun : Muhammad Firdaus Bin Zamri
Bank : Bank Islam
| No Akaun : 12029020545942
| Pemegang Akaun : Muhammad Firdaus Bin Zamri
2) Setelah anda membuat pembayaran, sila hubungi "019-3478159" untuk pengesahan pembayaran, dan hantarkan slip deposit atau waktu deposit ( yg tertera di resit deposit ) itu dilakukan tersebut ke email "order@nasyidfm.net.my"
contoh : Muhammad Firdaus Bin Zamri, Waktu Deposit : 09:45PM
3) Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi "019-3478159" atau "order@nasyidfm.net.my"

Tshirt Muslimah NasyidFM (purple)

Tshirt Lelaki NasyidFM (purple)

T-Shirt Muslimah NasyidFM ( Maroon

T-Shirt Lelaki NasyidFM ( maroon )
Info @ Nasyid & Friends
Nasyid & Friends : " Connecting Muslim "

www.iLuvislam.com
Ustaz Mohd Zul Roslan*
editor : kasihsayang
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?
dipetik dari iluvislam.
*Ustaz Mohd Zul Roslan merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com. Berkelulusan Ijazah Sains Kemanusiaan & Ilmu Wahyu, beliau aktif dalam kerja-kerja sukarela dan menulis di blog ini dan ini.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman seorang pelajar yang menghadiri kuliah seorang pendakwah Muallaf yang telah bertandang ke bumi Ireland untuk tour dakwahnya di sana pada (3-12 November 2009). Tour dakwah ini adalah di bawah anjuran FOSIS IRELAND, salah sebuah persatuan pelajar Islam yang terbesar di bumi Ireland. Tempat-tempat yang dikunjunginya dalam tour dakwahnya ini ialah Dublin, Cork, Galway & Belfast.
Nama pendakwah Muallaf tersebut ialah Yusha Evans. Beliau dilahirkan pada tahun 1980 & dibesarkan oleh datuk & neneknya di Greenville, South Carolina, Amerika Syarikat. Mereka merupakan penganut setia agama Kristian Methodist. Ketika usia remajanya, beliau terlibat secara langsung & aktif dengan aktiviti-aktiviti gereja di Greenville. Beliau juga turut mempelajari kitab Injil/Bible di sebuah Kolej Bible di bandar tersebut dengan harapan dapat menyambung pelajaran di University Bob Jones, salah sebuah universiti Kristian yang terkemuka di Amerika Syarikat. Sewaktu mempelajari kitab Bible/Injil dengan teliti, beliau telah menemui banyak percanggahan dalam kitab tersebut. Lama-kelamaan beliau mula menyedari bahawa ayat-ayat dalam kitab tersebut bukanlah ayat-ayat daripada Tuhan seperti apa yang telah diajarkan kepadanya sejak dia masih kecil. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan agama Kristian yang dianutinya & memulakan usahanya untuk mencari agama baru yang benar.
Antara agama-agama yang telah dipelajarinya ialah agama Yahudi, Buddha, Wicca & Bushido. Namun, agama-agama tersebut turut mengandungi percanggahan-percanggahan yang tersendiri. Pada suatu hari, beliau dengan tidak sengajanya telah berbual dengan seorang Muslim yang kemudiannya menjemputnya untuk menghadiri khutbah Jumaat di sebuah masjid di Greenville. Beliau terpegun mendengar khutbah yang disampaikan. Beliau kemudiannya berasa terharu apabila melihat cara orang-orang Muslim mengerjakan solat. Selepas selesai solat Jumaat, beliau berjumpa dengan imam yang mengetuai solat Jumaat tadi & meminta daripadanya senaskhah terjemahan Al-Quran untuk dibaca. Selepas lebih kurang seminggu membaca & memahami isi kandungan terjemahan Al-Quran tersebut, beliau kemudiannya kembali ke masjid tersebut untuk melafazkan dua kalimah syahadah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1998, sewaktu usianya baru menjangkau 18 tahun. Alhamdulillah. Hidayah Allah SWT boleh sampai kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya pada bila-bila masa sahaja & melalui apa-apa cara sekalipun.
Pada masa kini, beliau adalah antara pendakwah-pendakwah Islam yang amat aktif di bumi Amerika Syarikat & juga Kanada. Beliau bekerjasama dengan Yusuf Estes, iaitu seorang lagi pendakwah Muallaf kelahiran Amerika Syarikat untuk menghasilkan DVD-DVD dakwah untuk disebarkan kepada umat Islam & juga yang bukan Islam di benua tersebut. Alhamdulillah, hasil daripada usaha mereka, bilangan yang memeluk agama Islam semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mereka berdua kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah saluran khas yang berunsurkan Islam untuk disiarkan di kaca televisyen di Amerika Syarikat & Kanada. Sama-samalah kita berdoa agar usaha mereka ini mencapai kejayaan. Semoga agama Islam akan semakin mekar di bumi Amerika.
Yusuf EstesPelajar tersebut sebenarnya sudah lama mengikuti video-video dakwah Yusha Evans di internet, iaitu melalui YouTube. Walaupun baru 11 tahun memeluk Islam, semangat dakwahnya & juga ilmu agama yang dimilikinya mengalahkan kita yang Islam sejak lahir. Pelajar itu betul-betul kagum dengan semangatnya. Disebabkan itulah, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikuti tour dakwahnya di Ireland pada minggu ini. Pelajar itu cuma dapat menghadiri 2 kuliahnya sahaja memandangkan dia masih sibuk dengan peperiksaan. Namun, dia cukup gembira kerana akhirnya dapat bersua muka dengan pendakwah yang menjadi kebanggaannya selama ini.
Antara kata-katanya yang agak menyebakkan hati pelajar itu adalah kami semua tidak akan dapat memahami & merasai perasaaannya sebagai seorang Muallaf kerana kami semua telah mengenali Islam sejak lahir lagi, sedangkan beliau hanya dapat mengenali agama suci ini ketika umurnya 18 tahun. Sewaktu beliau memeluk Islam, beliau berasa seolah-olah beliau telah diselamatkan oleh Allah SWT dari tebing yang menuju ke neraka. Disebabkan itulah beliau berasa beliau perlu memikul tanggungjawab untuk menyebarkan agama Allah sebagai tanda syukurnya. Perasaan ini jugalah sebenarnya yang turut dirasai oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW sewaktu era dakwah baginda. Mereka bersyukur kerana telah dikurniai cahaya yang mereka cari selama ini. Perasaan syukur inilah yang kemudiannya melahirkan semangat dakwah yang kuat. Dengan semangat dakwah yang kuat ini, mereka akhirnya telah berjaya menyebarkan Islam hampir ke segenap pelusuk dunia.
Disebabkan itulah dia merasai bahawa orang-orang Muallaf sebeginilah yang akan mengembalikan kegemilangan Islam. Ini kerana semangat yang mereka ada lebih kuat daripada semangat kita yang telah mengenali Islam sejak lahir. Menurut kata Rasulullah SAW, antara tanda-tanda akhir Kiamat ialah matahari terbit dari Barat. Pada pendapatnya, itu hanyalah sebuah metafor. Apa yang mungkin dimaksudkan oleh baginda ialah Islam akan terbit dari Barat. Islam besar kemungkinannya akan bangkit dari Barat, iaitu dari Amerika & juga Eropah. Ini kerana Islam pada masa kini adalah agama yang paling cepat berkembang di Barat, terutamanya selepas peristiwa 9/11. Semakin ramai orang-orang bukan Islam ingin mengenali Islam dengan lebih dekat selepas peristiwa tersebut & mereka akhirnya telah jatuh cinta dengan Islam & memeluk agama ini.
Walau apapun, mari kita semua berdoa agar segala usaha dakwah Yusha Evans akan menemui kejayaan. Semoga beliau sentiasa di bawah jagaan Allah SWT & semoga beliau dapat menjadi contoh kepada kita semua. :)
*http://jhazkitaro.blogspot.com*
Berkat mengajar agama
KELANA JAYA: Rutin hariannya banyak ditumpukan kepada keluarga dan mengajar agama dan dia turut bernasib baik kerana kasih sayang anak murid menyebabkannya berpeluang menunaikan haji buat kali kedua pada tahun ini.
Ariffin Ngah Nasution, 68, berkata dia mula berjinak-jinak mengajar agama sejak masih berkhidmat sebagai tentera dan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin menjadikannya lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan rakan sekerja.
“Saya bersara daripada tentera pada 1984 dan sejak itu saya aktif mengadakan kelas agama di beberapa tempat antaranya Selangor dan Perak,” katanya.
Menurutnya, rezeki menyebelahi dia dan isteri, Rokiah Sudin, 64, kerana turut dibiayai untuk menunaikan haji buat kali pertama pada 1992.
“Kami menunaikan haji mengikut agensi swasta dan pada ketika itu kosnya hanya RM15,000 setiap jemaah. Namun, mungkin ini yang dikatakan rezeki seorang guru apabila anak murid sudi membiayai kami,” katanya.
Menurut Ariffin, rezeki sekali lagi memihak kepadanya kerana turut terpilih sekali lagi pada tahun ini yang turut dibiayai anak muridnya.
“Pada kali ini saya pergi seorang diri namun berasa terharu kerana anak didik masih sudi membiayai pemergian saya pada kali ini,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20091114114147/Article/index_html
Penulis mempunyai banyak cerita dan kenangan untuk dikongsikan bersama para pembaca di laman ini. Cerita berdasarkan pengalaman peribadi berhadapan dengan ramai manusia. Penulis merasakan di antara konsep betul kita mendekati madu’e secara lebih berkesan dan halus adalah dengan bercerita. Kuasai mereka dengan sekerabak cerita yang mempunyai nilai pengajaran dan moral yang tinggi, semestinya akan lahir kekesanan pada hati.
Ada satu cerita penulis masih kuat mengingatinya ialah ketika dimarahi oleh seorang pemuda di dalam bas. Ketika itu penulis ingin pulang ke Kelantan selepas usai menziarahi bapa saudara di Muar, Johor. Tidak semena-menanya penulis dimaki dan hambur kata-kata kesat ketika kebanyakkan penumpang lain bersiap-siap untuk lelapkan mata.
“Kamu ni tidak ada kerja, suka aje skodeng orang” Pemuda itu meninggikan suara mengejutkan lenaan tidur sesetengah penumpang yang telah lama dibuai mimpi. Mata penulis tidak takut dari terus memerhatikan gelagat jijik dua pasangan muda itu, kononnya sedang dilamun cinta.
Menempuh perjalanan malam panjang dari selatan tanah air ke hujung pantai timur amat memenatkan. Penat kerana diulit oleh lenggokkan bas kadang-kadang melecong tajam ke kiri, kekadang ke kanan, dan sesekali masuk lubang kecil.
Penulis berang tapi masih lagi bersabar dengan sikap biadab pemuda itu. Mungkin inilah dikatakan darah muda, cepat sangat melatah, sifat amarah telah melenyapkan sifat kesabaran dalam diri. Sempat penulis memerhatikan seorang ibu yang duduk di seberang bangku penulis, berusaha memujuk anak kecilnya yang menangis di pelukan sebaik sahaja tersedar dari tidur. Boleh dikatakan kuat juga pekikan pemuda tadi.
Penulis buat tidak tahu sahaja, menunggu masa yang lebih sesuai mendampingi secara lembut. Perhatikan dari jauh. Tuhan punya tahu kebebalan hati pemuda saat itu. Kalau hendak diikutkan, kalau dah juga darah muda tu, mahu sahaja meratah rakus dengan palitan memaluka, biar padan muka.
Penulis sedar, bila emosional mengurangkan ketajaman rasional dalam berhujah dan berfikir. Pulihkan rasa sakit akibat tusukan yang kuat menerjah hati. Jangan terikut-ikut sangat:
“Ikut rasa binasa, ikut hati mati”
Kita juga perlu ada strategi ampuh agar hatinya juga tertewas pada lembut belaian dakwah, jangan turut terjebak sama menggunakan kekerasan.
Ada benar bila terkenang kata-kata senior penulis suatu ketika dahulu:
“Nak mengubah kawan-kawan agar lebih sayang Islam? Marilah kita cuba untuk meruntuhkan berhala-berhala yang ada di dalam hati mereka, insha-Allah mereka akan faham”
Kebiasaannya perjalanan yang jauh lebih dari enam jam, akan berhenti rehat selama setengah jam di mana-mana tempat yang sesuai di tepi jalan, seperti warung-warung makan, stesen-stesen minyak dan sebagainya. Biasanya tempat-tempat seperti ini, para penumpang mengambil peluang mengisi perut, buang air, melegakan otot-otot, dan mengambil udara segar di luar bas.
“Anak ni, asal dari mana?” Tiba-tiba ada suara pak cik tua mencelah.
“Saya berasal dari Bachok” Penulis menjawab tenang, sesambil mata memerhatikan pemuda tadi yang telah masuk satu pintu menghilangkan diri.
“Mungkin dia ke tandas” Bisik hati penulis.
“Sabarlah nak, jangan ambil sangat dengan lelaki tadi, orang muda memang macam tu” Pak cik itu menambah, sambil menepuk lembut bahu penulis.
Penulis berjalan seiringan dengan pak cik tua itu turun perlahan-lahan dari bas sambil berbual kosong. Penulis mengambil keputusan untuk menunggu di satu persimpangan antara tandas dan tempat orang berkumpul ramai di warung makan. Selang beberapa minit pemuda tadi keluar, tangannya kalut membaiki posisi seluar yang sedikit londeh.
“Assalamualaikum…” Penulis memulakan bicara awal pagi tu.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah”
“Saya minta maaf kerana meninggikan suara dengan saudara. Saya sedar perbuatan saya tadi salah. Maafkan saya” Pemuda tu terus menjawab sebelum sempat penulis bercakap, seolah-olah faham dan mengakui kesilapan tadi. Kepalanya ditundukkan ke bawah.
“Tidak mengapa. Mungkin saudara terlepas pandang, lagipun saudara dah sedar dan mengakui kesilapan. Itu menunjukkan saudara cukup prihatin terhadap maslahah agama” Penulis tersenyum sambil menghela nafas kerana tidak mengjangkakan hal ini dapat diselesaikan dengan mudah.
Selepas dari peristiwa itu, pemuda tersebut sering berhubung dengan penulis, bertanya khabar selain tujuan utamanya ingin bertanya tentang agama. Kesedaran timbul hasil kefahaman beliau terhadap kepentingan hidup dalam agama dan beragama, bukan Islam pada kaki kad pengenalan diri. Seingat penulis kali terakhir kami berhubung sebelum fly ke Mesir.
Penulis lihat, beliau mahu memahami Islam secara mendalam, tapi belum berjumpa mereka yang betul-betul mursyid dengan jiwa rohaninya. Orang seperti ini ramai berada di luar sana. Mereka memerlukan seorang dai’e yang bukan sahaja sebagai pembimbing, tapi boleh menjadi kawan rapat berkongsi ini dan itu. Inilah pendekatan yang digunakan oleh baginda, cukup halus dan terkesan, sehingga meninggalkan bekas.
Mereka Takut Bukan Tidak Mahu
Masih ramai lagi madu’e di luar sana yang takut-takut untuk mendekati golongan agamawan yang hanya tahu berteori di dalam surau dan menghukum mereka. Alangkah baik kita memandang manusia itu dengan paradigma kasih sayang, maka dengan itu dakwah mampu digiatkan. Masih ramai lagi yang mengharapkan keterlibatan golongan agamawan untuk mencampuri mereka, tapi dengan pendekatan menyentuh jiwa mereka. Agama dilihat bukan bersifat eksklusif, seolah-olah khas untuk golongan para ustaz sahaja.
Kadang-kadang kita tidak nampak maslahat lagi besar dalam tindakan kita. Ramai manusia menetapkan hukuman dan peraturan tapi bukan cuba untuk memberi kefahaman jelas tentang sesuatu isu. Betul, bila kita melihat mereka melakukan kesilapan, sebagai contoh tidak memakai tudung, kita cepat sahaja menghukum mereka, namun tidak pula pandai menjelaskan kedudukan sebenar secara hikmah.
“Kamu tahu tak, orang tidak menutup aurat itu berdosa. Tak takut api neraka ke?”
“Itulah kecil-kecil tak nak mampus. Besar-besar menyusahkan orang aje”
Namun bila kita lihat suatu isu melibatkan akidah, kita kaku sahaja melihat borang tukar agama bertimbun-timbun di atas meja. Kita terlalu rigid soal akidah dan Iman. Manakala kefahaman yang jelas membentuk akidah yang sejahtera dan Iman yang mantap.
Kita begitu alergi dan fobia sangat akan kehidupan para artis sehingga sanggup meninggalkan mereka terkapai-kapai bergelumang dengan maksiat. Sebenarnya kita sendiri menempah tiket terjebak sama dalam kancah maksiat kerana tidak sudi member kefahaman secara proaktif kepada mereka.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Mereka hanya mengikut sangkaan, sedangkan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran” an Najm (53:28)
Gunalah pendekatan lebih baik, berbanding memberi nasihat jarak jauh, mungkin berkesan namun, tapi masih lagi pada skala kecil. Membantu mereka, bukan bererti kita turut serta dengan mereka, tapi untuk membawa mereka ke jalan benar. Awas, jangan sampai kita pula yang terjun mati-mati dalam dunia mereka.
The journey of a thousand miles starts with a single step.
Apa yang penulis nampak, kita kalah melawan media barat. Kita gagal memproduksi produk makanan bersih dan halal untuk menyelamatkan perut-perut dan hati umat Islam. Kita gagal membina budaya yang boleh membantu masyarakat memahami Islam.
Dakwah kita masih berlegar disekitar masjid. Dakwah kita masih terus bersifat menghukum sebelum memberikan kasih sayang. Pendakwah kita masih gagal berkreatif mendidik umat mendekati Islam sebagai cara hidup (life style). Binakan keselesaan untuk mereka mudah mendekati kita. Sebenarnya kita gagal melihat keutamaan dalam berdakwah dan hanya melihat sisi-sisi yang sebenarnya mampu untuk diperbaiki.
Cuba gunakan approach dakwah secara hikmah dan halus. Sesungguhnya cara ini lebih banyak membawa kepada kejayaan kerana ia lebih bertumpu kepada mengubah minda, bukannya melahirkan manusia-manusia hipokrit kerana bimbangkan diri dicerca dalam masyarakat. Semoga kita dapat mengurangkan populasi manusia yang namanya muslim tetapi tiada pemikiran Islam. Muslim tetapi bukan Islam merupakan hal yang kita harus tangani secepat mungkin agar orang bukan Islam dapat memahami Islam yang sebenarnya, Insha-Allah.
Cari Pendekatan Rasional Bukan Emosional
Penulis boleh menghembus dan menghela nafas lega, apabila ada pendakwah yang memikirkan pendekatan baru, cara berdakwah yang betul mengikut kesesuaian mengikut individu. Cuma, kadang-kadang kita menganggap seseorang itu pelik disebabkan perangai atau pemikiran dia yang berbeza dengan kita. Ada segelintir orang yang kuat agamanya, tapi tidak bercampur dengan orang-orang biasa, malah ada juga yang kuat agamanya dan nampak hebat di luar, tetapi peribadi di rumah sangat berbeza.
Penulis ada soalan cepu emas untuk anda para dai’e di luar sana…
Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, namun apabila ustaz dan ustazah ada kekurangan. Apakah persepsi kita ketika itu? Apakah kita akan rasa dia tidak layak jadi seorang ustaz atau ustazah? Jadi, haruskah mereka menjadi sempurna atau berusaha menjadi sempurna, atau kita perlu menerima kekurangan mereka?
Memang para pendakwah perlu update cara mendekati madu’e.
Jiwa madu’e dan masalah madu’e perlu kita selami dan fahami. Hati-hati dai’e yang lembut dan hidup akan melembutkan dan menghidupkan pula hati madu’e. Seorang dai’e hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain, kemudian memupuknya sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya terhakis dan bersemangat bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.
Ilmu ni tidak diajar dalam silibus pendidikan kebangsaan. Tidak semua mampu nak memberikan persoalan kembali kepada soalan yang ditanya. Jangan disalahkan pendakwah yang tersilap cara tetapi mereka juga perlu didekati bahkan mereka juga adalah madu’e.
Barangkali seminar yang mengajar pendekatan sebegini perlu diperbanyakkan di seluruh dunia untuk membantu para penggerak Islam yang ingin berdakwah.
Bacalah sebanyak mungkin dengan pelbagai genre buku yang ada. Insa-Allah setiap satunya akan menjadi batu bata yang membina diri. Namun, menghadam ilmu Ushul Fiqh boleh penulis kira sebagai salah satu pra-syarat yang penting, kerana ianya mendidik kita kaedah mencantumkan nas dengan realiti.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai akannya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” el Isra (17:36)
Ilmu Ushul Fiqh yang penulis belajar di sekolah dahulu banyak membantu diri dalam merasionalkan hukum di sisi minda yang selalu inginkan logikal dalam sesuatu perkara, juga menerangkan sebab di sebalik sesuatu hukum pada rakan-rakan yang bertanya.
Apapun ilmu pasal dakwah ini tidak diajar di sekolah, samada di sekolah kebangsaan ataupun di sekolah agama. Ada satu garisan yang kecil antara dakwah dan mengajar agama. Kebanyakan orang menganggap hanya ustaz sahaja yang boleh berdakwah, padahal Nabi Muhammad S.A.W perintahkan supaya sampaikan ilmu (ad Diniah) walaupun satu ayat. Dakwah tentang agama memerlukan satu skill yang mantap. Mempengaruh orang lain supaya menerima nur agama, lantas membersihkan kekotoran di dalam hati.
Pendakwah bagaikan tentera yang pergi berperang, ilmu di dada bagaikan senjatanya, tektik peperangan bagaikan modus operandinya, musuh-musuh adalah orang yang hendak didakwahkan.
Jika kita punya senjata yang canggih, namun strategi tidak bagus, kecundang juga akhirnya.
Namun kena ingat tugas dakwah ini ada pada setiap umat Islam. Maka berusahalah kita berdakwah untuk orang-orang di sekeliling kita, dan menjadikan setiap daripada mereka sasaran untuk berkongsi, bukan dibenci.
Kita adalah generasi ‘Ulul Albab’ yang menggunakan ketajaman akal fikiran dalam setiap tindakan, bukan bersifat dungu, menunggu peluang di hadapan tanpa mahu mencipta peluang, akhirnya diri sendiri kelak terbuang dan kecundang.










