Post info


Comments 1


Author: f_24434

Pisau raut hilang di rimba,
Pakaian anak raja di Juddah,

di laut boleh ditimba,
Karam dihati bilakah sudah?


Kusangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri,
Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu.

Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak bentan,
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permainan badan.

Permatang budi,1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.


1 comments:


  1. Selamat berjumpa kembali selepas memberikan kuliah d KL

Followers