Anda mahu buku percuma daripada PTS? Mudah sahaja. Letakkan iklan mengenai Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! di blog dan laman web anda dan dapatkan buku percuma dari kami.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

||| Solat dan Kita |||
Solat dan Kita
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27


Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.



sumber : aman.via.my
||| Awal Muharram |||
Assalamu'alaikum wbt kepada semua pembaca.. dimulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Bersyukur di atas segala rezeki yang Allah kurniakan di atas muka bumi ini. Setinggi2 selawat ke atas junjungan besar Nabi Allah Muhammad Saw.

1 Muharram 1431
18 Disember 2009

Beberapa hari lagi kita akan menjejakkan kaki ke tahun yang baru. Sudah bersediakah anda menempuh tahun baru yang akan tiba?

*Soalan cepu cemas*

Sudahkah azam kalian yang lepas tertunai? Apakah azam baru kalian ye?

Erm.. soalan diatas sudah beberapa kali bermain di dalam fikiran sy. Sudahkah azam sy yang lepas tertunai? Azam baru pula? huhu. Jawapan untuk keduanya agak susah untuk sy lafazkan. Terlalu rumit kerana sy sendiri tidak boleh memberi jawapan "sudah!" dan juga sebaliknya "belum". Apa yang sy harapkan, moga azam sy ini terus diIstiqamahkan. Moga ia ditunaikan dan moga ia memberi manfaat untuk sy disana kelak. Jawapan "sudah" itu akan sy tunggu sehingga hari itu tiba. InsyaAllah. Wallahu'alam. Biarlah hanya Allah yg mengetahui =)

Semoga azam kalian yang lepas sudah ditunaikan dan muncul pula azam baru memenuhi kehidupan seharian anda. Jangan lupa baca doa Awal dan Akhir tahun ye. Wassalam.. ^_^
||| Sebuah Renungan Kehidupan Seharian Seorang Muslim |||
Community Network Nasyid & Friends.
www.nasyidfm.my
Posted: Saturday, December 12, 2009

Marilah kita sama-sama hayati dan renungkan setiap persoalan ini untuk memastikan adakah kita ini menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim....

1)Adakah anda solat subuh berjemaah setiap hari?

2)Adakah anda memelihara setiap solat anda?

3)Adakah anda hari ini telah membaca Al-Quran?

4)Adakah menjadi rutin bagi anda membiasakan diri membaca wirid dan zikir selepas solat?

5)Adakah anda melaksanakan solat-solat sunat rawatib, ba’diyah dan qabliyah?

6)Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat dengan merenungi dan memahami setiap bacaannya?

7)Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?

8)Adakah anda ingat akan hari kiamat dan hari akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon dimasukkan ke dalam syurga? Kerana barang siapa yang memohon akan syurga Allah, maka syurga itu akan berdoa “Ya Allah, masukkan lah ia ke dalam syurga”.

10)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya diselamatkan dari neraka? Kerana barang siapa yang memanjatkan doa tersebut, maka neraka itu akan berdoa “Ya Allah, selamatkanlah dia dari api neraka”.

11)Adakah hari ini anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati mu dalam agamaNya?

12)Adakah hari ini anda beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya di atas segala dosa anda?

13)Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t?

14)Adakah anda memanfaatkan waktu-waktu terkabulnya doa dan pada saat itu anda memohon kepadaNya?

15)Adakah anda sentiasa menambah pengetahuan anda tentang agama?

16)Adakah anda berdoa memohon keampunan untuk setiap muslimin dan muslimat kerana sesungguhnya memohon keampunan saudara mu yang beriman merupakan satu hasanah?

17)Adakah anda sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan?

18)Sudahkah anda meninggalkan rasa benci kerana diri anda dan berusaha membenci sesuatu kerana Allah?

19)Sudahkah anda menjauhkan sifat takkabur, sombong dan riya’?

20)Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tuamu?

21)Sudahkah anda bertaubat kepada Allah dengan taubat yang seikhlasnya pada setiap waktu di atas dosa-dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan?

Blog @ Nasyid & Friends

Nasyid & Friends : " Connecting Muslim "
||| Aku tinggalkan dia demi Allah! |||
Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Karya asal : daffodil At-toriq
||| Itu dan Ini |||
Assalamu'alaikum wbt..seperti biasa, syukur ke hadrat ilahi diatas segala kurniaanNya. Dah lama betul tak update blog.. maaf ye kawan2.. ade sedikit kesilapan teknikal yang berlaku.. Dalam masa tak update blog ni, banyak benda yang dah jadi. Paling latest, result untuk pre-dip Commerce.. alhamdulillah amat2 memuaskan.. syukur sgt2.. tp dalam masa nk check result tu.. Allah je la yang tahu, web uitm jem tak boleh nak masuk.. yelah seluruh malaysia nak check kan.. takpe bersabar je sepanjang malam. tak putus asa ni.. akhirnya tertidur jugak kt kerusi sofa.. hehe =P pagi2 bangun sambil check.. tersengguk2 ni.. nak tahu result jugak. Klik2 banyak kali tak dapat.. tau ape web tu tulis??

"harap maaf rekod anda tiada dalam data kami"

Ya Allah.. risaunya, ada apa2 masalah ke.. cuba check kawan lain pulak. Takde jugak dalam data. Akhir sekali ada kawan dari pre-dip science mintak tlg check kan.. ehh boleh pulak! Makin brtambah2 risau. kawan diploma business pun boleh check.. Ini tak boleh jadi.. dengan pantasnya sy msg miss sha (koordinator kami)..

"Rekod untuk pre-dip commerce ada masalah. Tak boleh login ikut student portal. Nak tau result boleh call sy"

Lega rasanya, rupanya ada masalah kt student portal..alhamdulillah.. dengan senang hati sy balas..

"boleh call skrg ke miss?"

hehe~ (nmpk sgt tak sabar). Miss jwb boleh je.. alhamdulillah! result ok.. Kerisauan hilang. Kegembiraan yg dtg. Thank you Allah~
||| Shopping2 |||
Assalamu'alaikum wbt kepada semua.. Setelah kepenatan "shopping" baju untuk dipakai ahad ni, akhirnya hasil "shopping" tersebut memuaskan. hehe~ Niat dihati nak beli tudung je.. tiba2 bila dah sampai kedai Pakaian Muslimah (HRA Nur) ternampak sehelai "blouse" labuh yang agak menarik~ Main kelip-kelip mata dengan umi, dapatlah beli. hehe~ Alhamdulillah. Sambil2 tu nak promote kepada sesiapa yang nak tudung labuh! Boleh la beli melalui sy, insyaAllah kualiti baik..

Tudung labuh mcm2 jenis, colour & corak~ boleh di "ubahsuai" mengikut kehendak customer. ^_^ tp kene pegi kt kedai dia la..


Blouse labuh~ cantik.. mcm2 jenis ada.
||| Selamat ulangtahun NasyidFM |||

Assalamu'alaikum wbt kepada semua pembaca.. syukur ke hadrat ilahi masih memberi nafas yang tiada tandingan ini kepada sy. Selamat ulangtahun NasyidFM yang ke 3.. pejam celik pejam celik.. dah 3 tahun dah NasyidFM.. Alhamdulillah syukur sgt2. Dan tidak dilupakan juga ini adalah entry yang ke 100 di dalam blog sy.. tahniah2 diucapkan ( :P ).. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari harini ini..InsyaAllah.. amiinn2..




  • Tentang Hamba

    Assalamu'alaikum wbt.

    -Lebih suka dikenali dengan nick f_24434.
    -Dilahirkan pada 26 Sha'ban 1411
    -Sangat meminati Nasyid
    -Warna Merah,hitam dan putih Pilihan Hati.
    -Ingin menjadi seorang Muslimah dizaman para Anbiya.
    *InsyaALLAH*
    -Status : Taken by Allah

    nf
    Wadah hiburan terkini

    Klik disini untuk ke Ruang Chat #NasyidFM

    Mampukah??

    Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah? Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah, Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah, Susah Dan Senang Rela Bersama. Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan, Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. Mengalir Air Mataku, Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah, Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang, Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga. Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar, Daripada Catatan Hidup Siti Sarah. Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail, Mengendong Bayinya Yang Masih Merah, Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak, Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah, Itulah Wanita Siti Hajar. Dapatkah Aku Mengikut Jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya, Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan, Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat, Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya. Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah? Menyediakan tongkat, air dan berhias diri, Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad, tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan, Siti Fatimah ke dalam syurga. Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah? Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah, Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.

    Status

    Umi dan Ayah

    Umi dan Ayah
    Inspirasiku

    Study

    *Tadika KAFA
    *SK(1) Tmn Selayang / SAR An-Nur
    *SMK Tmn Selayang
    *Akademi Maju(tuition)
    *Metro Driving Academy

    *Unikop (UiTM)
    Photobucket
    Pre-Dip in Commerce aka Business (2009) UiTM

    *International Islamic College (UIAM)
    Photobucket
    27 Disember InsyaALLAH
    Diploma for Business administration

    Trefik Jem