Post info


Comments 1


Author: f_24434

IBU…

 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya, siapakah orang yang patutku perlakukan dengan baik?” Rasulullah menjawab Ibumu" . Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu, siapa?"  Rasulullah menjawab , “ Ibumu" . Lelaki itu bertanya Selepas itu siapa?" Rasulullah menjawab “ Ibumu" . Lelaki itu bertanya lagi Selepas itu, siapa?" Rasulullah menjawab"Ayahmu”.

 

Diriwayatkan pula oleh Talhah bin Muawiyah Al Sulami, beliau menemui Rasulullah menyatakan keinginannya turut berjihad di medan perang. Rasulullah bertanya, “Adakah ibumu masih hidup?. Beliau menjawab Masih". Lalu  Rasulullah s.a.w. bersabda Teruslah duduk di sisinya..Di sana letaknya syurga."  Hadis ini menjelaskan bahawa kewajipan berbakti kepada ibu lebih besar ganjarannya berbanding berjihad di medan perang.  Mana-mana agama pun meletakkan ibu sebagai orang yang paling atas untuk ditaati kerana pengorbanan dan kedudukannya.  Alangkah baik sekiranya negara kita mengadakan hukuman kepada anak-anak yang menderhakai ibu…kerana menderhakai ibu adalah dosa besar.

 

Sahabat sekalian….

Syurga di bawah telapak kaki ibu.  Itu yang sering diperkatakan.  Namun, adakah kita memahaminya?  Renungkanlah…berapa kali kita cium tangan ibu??? sebagaimana kucupan kasih ibu sejak kita lahir.  Berapa kali kita dakap ibu?? sebagaimana ibu mendakap kita sejak kita kecil. Pernahkah kita melayan ibu ketika sakit?? sebagaimana ibu berjaga malam ketika kita merengek kesakitan.  Berapa kali kita menghulur air kepada ibu??? sebagaimana ibu menyusukan kita sehingga hilang kehausan.

 

Sempena Hari Ibu (hari2 adalah hari ibu)…sama-samalah kita mendapatkan keredhaannya bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.  Doa untuk ibu jangan sekali-kali dilupa.

 

Jangan jadi Alqamah…kelak diri kita akan musnah.

Jangan jadi Si Tanggang…kelak diri kita  akan sentiasa bergoncang.

Taati ibu…  sayangi ibu..Syurga di bawah telapak kaki ibu.

1 comments:


  1. aaah...btuah sebenarnye jd ppuan ni
    tapi for me jd laki tersangat besh..
    kekekee
    ntah camne la kalo adek jd ibu
    :D
    kekekeke

Followers