Post info


Comments 1


Author: f_24434

Assalamu'alaikum kepada semua kawan2.. Disini sy terdetik nak menceritakan kisah di Melaka dan di Port Dickson.. Seperti biasa dan sebelumnya, kami sekeluarga bukanlah pergi ke melaka, PD, dan lain2 untuk bercuti. Ada kerja yang perlu dilaksanakan di sana. Ayah dapat projek daripada DBKL untuk menguruskan sebuah program motivasi kepada pelajar2 sekolah. Sambil2 bekerja tu, kami dapat juga merasa untuk bercuti bersama keluarga..(sambil menyelam minum air). Ayah lantik semua anak2 ayah yang tersayang ni, jadi urusetia. (bagus x? save bajet tu.) jadi sebab tu la anak2 ayah ni boleh ikut. Perasaan seronok dan bermacam2 lagi dapat menguruskan sebuah program, berjalan2 di laut, berkenalan dengan ramai peserta, dan bermain air..


Melaka : hari pertama

Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi, pergi makan minum dan meneruskan perjalanan dalam lebih kurang 2 jam. Sy diarahkan untuk bersama2 menaiki kereta salah seorg fasi yg amat kami kenal dan rapat.. (sbb ank fasi ni sy yg jaga) hehe.. Amjaad.. ayah lantik ibu amjaad untuk jadi fasi kali ni.. sebab kami dah kenal rapat, ibu amjaad (kak leha) juga seorg yg berpengalaman.. sudah lama menjadi guru.. Jadi kak leha ingin menimba pengalaman luar sambil makan angin bersama anak2.. Sesampai sahaja di Kemunting Beach Resort, Melaka. Ayah meluru ke kaunter untuk ambil kunci2 bilik. Sy duduk sebilik dengan kak leha beserta anak2 nya. Yela sepanjang tugas fasi berjalan, tiada siapa yg menjaga anak2 kak leha. Sy rela berkorban diri untuk menjaga anak2 kak leha yg mmg comel ni. ( mmg dh kenal.. x kisah je..) hehee.. Jadi sepanjang hari pertama. Sy hanya duduk di dalam bilik, melayan kerenah amjaad, radhwa dan muneib. Nak connect internet tak dapat.. biasa la kan.. mula2 di tempat org. terkial2 nak connect internet..

Hari kedua.

Kak leha bergegas siap untuk menjalankan tugasnya sebagai fasi.. sy hanya tersenyum melihat semangat seorg guru untuk mencurahkan sedikit ilmunya kepada peserta2 di dalam program ini. Sy tak banyak melibatkan diri di dalam program. Kerana sibuk menjaga "anak2". Hanya terperap di dalam bilik. Radhwa dan muneib sy lepaskan ke kolam renang bersama2 dengan adik sy. Biarlah mereka bergembira. yelah, mesti bosan duduk di dalam bilik.. lagi2 jiwa kanak2 mereka meronta2 untuk bermain air di luar sana.. laut la katekan.. hehehe.. hari semakin petang.. kali ini hati sy pula meronta2 untuk bermain air. Teringin pergi ke laut, melihat kebesaran Allah. Ketenangan subhanallah! Bagi orang KL macam kami ni, semestinya agak "jakun" dengan air laut. Memang semuanya excited. Gembiranya "anak2" sy bila sy ajak dorang main air laut. hehee.. Amjaad pun join tau. Jangan tak percaya. Kami pun main air dengan gembira. Radhwa dan muneib buat istana pasir yang tak berapa nak jadi. hehe.. Setelah puas bermain. Hari pun semakin lewat, sy arahkan "anak2" untuk pulang ke bilik. Tiba2, 1 kejadian berlaku. "anak" lelaki sy ni eksiden pulak dengan motor. Terkejut sungguh masa tu. Tapi bukan motor langgar dia. Dia yang pergi langgar motor tu. (pelik tp benar).. akibat excited sangat main air agaknye. Luka jugak "anak" saya ni akibat tersadung motor tu. Kesian, mesti ibunya risau kalau tau. Umi bawakkan first aid untuk rawat luka "anak" sy tu.. Dan dengan cepat berita tersebar, kak leha dtg untuk menjenguk anaknye. Hehe.. Risau sgt tu.. Kak leha jeling je anak dia.. yela nakal sangat..Malam tu pulak, dpt connect internet! best sungguh.. Berborak dengan kawan2. rindu dekat nasyidfm. Mcm2, sampai tak dapat nak tidur lena. hehe.. Tp tidur jugak, nak jaga anak2 kan.

Hari ketiga.

Bangun pagi ni, rasa sedih sikit. Yela, tik tok tik tok.. Dah hari ketiga?? Cepatnya masa berlalu. lagi beberapa jam je lagi untuk menghirup udara segar kt melaka ni. Pagi ni bangun berkemas2 siap untuk pulang tengahari nanti. Bapa amjaad datang untuk mengambil keluargnya, Setahu sy mereka akan bertolak ke johor untuk pulang ke kampung. Beratnya hati berpisah dengan "anak2" terutama Amjaad. Takpe2.. nanti jumpa kt PD. hehe.. Pagi tu sy perlu bersiap untuk pindah ke bilik keluarga sy. Setelah program selesai, bapa amjaad mengambil alih tugas untuk menjaga anak2 nya. Sy hanya keluar ronda2 di sekitar kwsn resort. sambil tu join tgk peserta2 makan2 untuk kali terakhirnya di sana. Bas peserta sudah pun sampai, sy hanya melihat gelagat peserta yang bermacam2 karenah. Entah kenapa, salah seorg peserta menyorok2 di belakang bangunan. Sy berasa agak ragu2 melihat gelagat peserta lelaki tersebut. Kaki melangkah laju menuju ke arah peserta di belakang bangunan. huh? dia kelihatan agak takut2, mungkin kerana pemakaian sy. Bertuah sungguh peserta ni, merokok rupanya. Geramnya hati melihat org merokok. Sy amat tak suka pada perokok. minta maaf. Tanpa rasa takut, sy mengarah peserta tersebut membuang rokok itu! Alhamdulillah dia mengikut arahan, seram juga bila fikir dia membuat apa2 tindakan lain. Yela, saiznya lebih besar dari sy. hehe.. walaupun dia baru tingkatan 3. Lega apabila semuanya telah selesai. Fasi2 dan lain2 sume berkemas untuk pulang. Sy berjalan menuju ke bilik kak leha, nk kucup amjaad.. dah nak berpisah kan. sayu nye hati amjaad menangis tak berhenti. Macam faham perasaan sy yg tgh sedih ni. Naik je kereta, bapa amjaad mendukung amjaad untuk melambai kami pulang, sepanjang itulah amjaad menangis. Sehingga hilang dari pandangan. (xpe.. waktu di PD kita jumpa lg) -brsmbung-

[ gmbr laut, gmbr amjaad dan sy(sy x nmpk pun.hehe) gmbr radhwa(kakak amjaad) dan muneib(abg amjaad) ]

1 comments:


  1. oho...budak2 yg nmpak nakal

Followers