Post info


Comments 0


Author: f_24434

Assalamu'alaikum dan selamat pagi buat semua. Jam menunjukkan pukul 2:22 pagi, tetapi mata yang bertuah ini masih tidak dapat dilelapkan lagi. Mungkin kerana jadual yang agak padat untuk esok hari. Teringat pula dekat Fadhilah, sahabat baikku. Dia meminta pertolongan untuk menemaninya ke klinik atas urusan yang agak penting.

Fad : Salam Fatin, esok pagi free tak?

Fatin : Wasalam, esok pagi? bz sikit. Kalau
petang sikit baru free.. lepas zohor..

Fad : Lepas zohor? tak boleh la. Esok pagi ade ape?

Fatin : Esok pagi-pagi nak pergi cop slip peperiksaan kat finance. Mesti kene beratur agak lama. Lepastu dalam pukul 10 nak pergi ambil kertas latihan yang Miss bagi untuk kelas. Pukul 11 nak kena jumpa nina kat iic. Ada hal penting juga. Dalam pukul 12 kene balik kolej jumpa kawan2 kelas pulak untuk edarkan kertas latihan. Lepas tu kene bincang sikit pasal cd kelas. Agak busy jugak pagi tu. erm.. Nak pegi ke x nk lepas zohor?

Fad : Kalau macam tu takpela. Tak jadi.

huhu.. kesian pulak dekat Fadhilah. Tapi nak buat macam mana. Memang agak busy pagi esok. Maaf ye Fadhilah, bukan taknak teman. Ermm, tak lena dibuatnya memikirkan hal ni. Harap2 Fadhilah pergi klinik dengan tenang. Semoga cepat sembuh ye kawan. :(

0 comments:


Followers