Post info


Comments 3


Author: f_24434

Assalamu'alaikum wbt.

Pembaca mesti agak pelik kenapa entry kali ni " Hobin Jang Hobin! "
hehe. Disini terselit sedikit kisah lucu. Saya baru sahaja pulang dari Port Dickson sebab ikut ayah "outstation" disana. Jadi akibat kebosanan melanda, pertama kali dalam hidup saya ni
saya menonton perlawanan bola dari mula sehingga habis. haha. Kebetulan perlawanan bola kali ini Negeri Sembilan vs Kelantan. Port Dickson pulak terletak di Negeri Sembilan, kampung saya juga di Negeri Sembilan. Satu malam perlawanan itu, saya sendiri terasa kehangatannya. Agak lawak apabila melihat ayah "excited" menyokong Negeri Sembilan. haha.

" Goal !! " bergema 1 hotel yang kami duduki itu. Bermula dari situ saya bertanya macam2 kepada ayah dan umi. " Lawan memang macam tu ke? " " Eh kenapa berhenti? " " Kenapa masa tak berjalan tapi diorang main jugak? " Kenapa begitu kenapa begini sampai ayah sendiri tertawa.

" Kesian tak pernah tengok bola budak ni. " haha! kami gelak bersama2 atas sebab saya tak tahu itu dan ini. Seronok juga tengok bola ni. Tapi ada satu yang agak kurang selesa. Kenapa pihak yang tidak berkenaan membuat huru hara dan sesuatu yang tidak patut dilakukan? Asam garam permainan, kalah dan menang kan? Kenapa sampai baling sesuatu yang membahayakan? bukan ke itu tidak bermoral? Sampai luka disana dan disini? Lagi satu, apa salah kerusi stadium tu sampai dibakar? hehe. Macam2 kerenah manusia ini. Apa2 pun terima la seadanya. Betul tak? Ambillah iktibar dari sesuatu perkara. Apa2 pun " Hobin Jang Hobin!! " haha..

Salam.. ^_^

3 comments:


  1. herm...akak pon tak pernah heran dengan bola sepak..aleh2 dah final je (tah bila-bila tah dorang main).negeri sembilan pulak tu yang masuk final..(orang nogori kannn) tetiba rasa nak amik port.terlayan la jugak bola malam tadi "hobin jang hobin".haha...

  1. salam. hobin tu apa ?

  1. hobin tu mcm pulun habis..
    hehe..

Followers