Post info


Comments 0


Author: f_24434

Assalamu'alaikum wbt syukur ke hadrat ilahi di atas segala pemberian Nya.. Setinggi2 selawat ke atas nabi SAW..

Apa khabar semua pembaca hari ini ya? diharap dalam keadaan baik2 InsyaAllah. Kenapa tajuk hari ini LUAHAN? Anda akan tahu sebentar sahaja lagi..

Sedikit luahan perasaan dari penulis disini, sy berasa teramat sedih dengan sahabat handai sy. Kenapa ya? kerana sy masih tidak dapat membetulkan keadaan. Keadaan apa tu? ( banyak pula soalan..huhu )

Bukan maksud sy untuk mengguris hati sahabat2 sy, tp sy ingin membetulkan dimana sahabat2, kamu berada di jalan yang salah.. YA! Jalan yang salah.

Betul sahabat, kita diberi perasaan ingin mempunyai pasangan.. Perasaan ingin bercinta.. Lumrah manusia wahai sahabat. Allah beri kita perasaan itu.. Tidak perlu kita benci untuk bercinta. Tapi kawal wahai sahabat. Belum waktu kita menonjolkan perasaan kita itu. Belum sampai waktunya!

Berpasangan bukanlah jalan penyelesaian wahai sahabat. Itu Salah! Ikatlah tali yang sah untuk hubungan itu. Sy tidak ingin sama sekali melihat sahabat sy bergelumang di dalam dosa. Sedarlah wahai sahabat.. SEDARLAH!

Ya Allah, semoga Kau Istiqamahkan hambamu ini ya Allah. Semoga aku terus berada di JalanMU Ya Allah. Berilah taufiq dan hidayahmu padaKu juga pada Sahabatku Ya Allah. Amiin.. T_T

0 comments:


Followers