Post info


Comments 0


Author: f_24434

JOM SERTAI KONVOI NASIONAL VIVA GAZA!!!

(Logo Konvoi Nasional Viva Gaza)
"Talian Hayat dari Malaysia ke Gaza"

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan program ”KONVOI NASIONAL VIVA GAZA” pada 08 Mei 2010 yang melibatkan 500 ke 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia menuju ke Shah Alam (semua konvoi berkumpul di Shah Alam). Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada saudara kita yang berada di GAZA Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di GAZA wajib dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia. Tambahan, konvoi ini juga mempunyai "tabung kutipan dana untuk palestin". Tabung ini akan berjalan sekitar konvoi ini berlangsung. Para Artis nasyid juga dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

Untuk makluman pihak tuan/puan, satu konvoi yang terdiri dari 20 kapal dari seluruh dunia, akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut. Sehubungan dengan itu, marilah bersama-sama kita menjayakan konvoi nasional 8 Mei 2010 ini bersama-sama menunjukkan sokongan padu kita walaupun kita tidak dapat bersama-sama menyertai konvoi menaiki Kapal ke Gaza. JIHAD FISABILILLAH!

Bersama-sama dengan ini, saya sediakan tentatif konvoi dan program dari Kolej Islam Antarabangsa sehingga ke Stadium Shah Alam.

Tentatif Program

8.00 am : Berkumpul di Kolej Islam Antarabangsa.

8.30 am : Konvoi bergerak ke Masjid As-Syakirin, Gombak.

9.00 am : Pendaftaran

9.30 am : Pembahagian Konvoi
: Taklimat Konvoi.

10.00 am: Konvoi bergerak menuju Shah Alam.
: Menjalankan tabung dana di Kampung-kampung yang terpilih.

11.00 am : Dijangka sampai ke Kampung Melayu Subang dan menjalankan Aktiviti.

12.00 pm : Bergerak ke Kampung Pinggiran Subang

12.30 pm : Aktiviti di Kampung Melayu Subang

1.30 pm : Solat Zuhur

2.00 pm : Bergerak ke Shah Alam

3.00 pm : Dijangka sampai ke Seksyen 11 Shah Alam dan Menjalankan aktiviti.

4.00 pm : Konvoi berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam.
: Solat Asar berjemaah.
: Makan
: Taklimat program.

7.00 pm : Konvoi tiba di Perkarangan Stadium Malawati

: Makan Malam

7.20 pm : Solat Magrib Berjemaah

8.00 pm : Peserta dan hadirin mengambil tempat

8.30 pm : Acara Pentas bermula

: Bacaan Al-Quran

8.45 pm : Ucapan En Azmi (Setiausaha Agung MAPIM)

8.50 pm : Ucapan Hos

9.05 pm : Ucapan VVIP

9.15 pm : Persembahan multimedia (Sejarah Palestin)

9.20 pm : Persembahan Pentas


10.20 pm: Simbolik penyerahan Cek

11.00 pm: Bersurai

0 comments:


Followers