"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia telah sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"
(Imam Hassan Al-Basri)
Mampukah??
Mampukah Aku Menjadi Seperti Siti Khadijah? Agung Cintanya Pada Allah Dan Rasulullah, Hartanya Diperjuangkan Ke Jalan Fisabilillah, Penawar Hati Kekasih Allah, Susah Dan Senang Rela Bersama. Dapatkah Kudidik Jiwa Seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah Yang Bijak, Pendorong Di Kala Kesusahan Dan Penderitaan, Tiada Sukar Untuk Dilaksanakan. Mengalir Air Mataku, Melihat Pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah, Akur Dalam Setiap Perintah, Taat Pada Abuyanya Yang Sentiasa Berjuang, Tiada Memiliki Harta Dunia, Layaklah Ia Sebagai Wanita Penghulu Syurga. Ketika Aku Marah, Inginku Intip Serpihan Sabar, Daripada Catatan Hidup Siti Sarah. Tabahkah Jiwaku, Setabah Umi Nabi Ismail, Mengendong Bayinya Yang Masih Merah, Mencari Air Penghilang Dahaga, Di Terik Padang Pasir Merak, Ditinggalkan Suami Akur Tanpa Bantah, Pengharapannya Hanya Pada Allah, Itulah Wanita Siti Hajar. Dapatkah Aku Mengikut Jejak Siti Rahmah, Permaisuri Nabi Ayyub, Pasrah Dengan Dugaan Tuhannya, Walau Pernah Tersungkur Ke Dalam Jerat Syaitan, Namun Ia Kembali, Kerana Iman Yang Kuat, Telah Dijanjikan Syurga Adalah Balasannya, Bahagia Adalah Miliknya. Mampukah aku menjadi setaat Siti Mutiah? Menyediakan tongkat, air dan berhias diri, Demi untuk suaminya yang ditaati, menunggu suaminya pulang dari berjihad, tanpa sekelumit rasa bosan, berhaklah ia menarik tunggangan, Siti Fatimah ke dalam syurga. Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah? Mati Dalam Keunggulan Iman, Bersinar Indah, Harum Tersebar, Bagai Wanginya Pusara Masyitah.
Ruang Sembang
Boikot!
Ta'aruf
Ramai orang berpandangan,Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,Tanpa perkenalan,Mustahil cinta bertandang,Tanpa percintaan,Mustahil keserasian dikesan,Mereka sebenarnya terlepas pandang,Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,Taaruf itulah mendedahkan keserasian,Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,Terpeliharadan terjaga dari kemaksiatan,Bukan taaruf melalui bercinta sakan,Islam mengajarserasi dengan ajaran Tuhan,Bukan serasi dengan kehendak pasangan,Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,Lantaran itulah,Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.- Fatimah Syarha Mohd. Noordin -
0 comments:
Post a Comment