Post info
*Alhamdulillah sebuah telefilem yang betul2 memberi manfaat.. saya syorkan anda tgk cerita ni akan datang ye.. insyaAllah*
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)
Kasih Fatimah: 13 April 2011, 8.30 malam.
Skrin di 9 diteruskan lagi pada minggu seterusnya iaitu 13 April jam, 8.30 malam dengan judul Kasih Fatimah. Telefilem ini digarap dari kisah Fatimah Al-Khatab, yang merupakan antara wanita terawal memeluk agama Islam. Cerita dimulai dengan Imran dan adiknya, Fatimah, yang hidup dalam serba kemewahan dengan harta yang diwasiatkan oleh arwah ibu-bapa mereka. Hidup mereka dua beradik penuh dengan hiburan dan majlis keramaian dan Imran pula sering bertukar-tukar pasangan. Mereka tidak pernah rasa segan silu dengan penduduk kampung yang berdekatan kerana mereka menganggap arwah orang tua mereka banyak membantu orang kampung di situ.
Akibat lalai dan tenggelam di dalam syurga dunia dan hanyut dihasut syaitan, Imran mula bersikap ego dan sering bermegah-megah dengan kemewahannya itu. Imran juga kini jarang sekali melakukan ibadah yang diwajibkan. Lama-kelamaan, Fatimah merasakan tiada ketenangan dan ada sesuatu yang kurang di dalam dirinya. Sejak itu, timbul di dalam hati Fatimah untuk berubah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyalahi agama. Secara kebetulan pula, Fatimah berkenalan dengan Zali, seorang pemuda yang warak dan mempunyai tingkah laku yang baik. Imran tidak menyenangi hubungan adiknya Fatimah dan Zali, apatah lagi apabila mereka ingin mendirikan rumahtangga. Namun kerana kasih dan sayangnya terhadap Fatimah, dia membenarkan mereka berkahwin.
Sedikit demi sedikit, Zali telah membantu Fatimah untuk menjadi seorang muslimah dan mengajarnya tentang agama Islam. Imran tidak senang dengan perubahan di dalam diri adiknya dan dia melarang adiknya dari memakai tudung. Bukan itu sahaja, Imran juga melarang sesiapa membaca Al-Quran di dalam rumahnya. Namun, segala larangan dan ugutan dari Zali tidak diendahkan. Apakah tindakan Imran seterusnya? Untuk mengetahui kesudahan Kasih Fatimah yang dilakonkan oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Zul Huzaimy, Nabila Huda, Ezany Nizariff dan Idris Md Diah, jangan lupa temujanji anda bersama kami menerusi Skrin Di 9 pada 13 April ini, jam 8.30 malam.
;)
0 comments:
Post a Comment