Perkataan "KALAU" Tentang seorang yang mengatakan: Kalau dahulu Anda dahulu melakukan begini, tentu tidak akan terjadi demikian." Orang lain yang mendengarnya berujar: "Kata-kata semacam itu sudah dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Itu kata-kata yang dapat membawa orang yang mengucapkannya kepada kekufuran." Lalu ada lagi yang beritahu: "Tetapi dalam kisah tentang Musa dan Khidir, Nabi pernah bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat kepada Musa. Kalaulah Musa mahu bersabar, tentu Allah akan akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka.." Orang yang lain lagi berdalil dengan sabda Rasulullah: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah," hingga ucapan: "…kerana kata "kalau" itu membuka amalan syaitan." Apakah hukum dalam hadits ini menghapus hukum dalam kisah Musa di atas atau tidak? Semua yang dikatakan oleh Allah dan Rasul-Nya itu benar. Perkataan 'kalau' itu apabila digunakan sebagai ungkapan kesedihan menyesali yang telah lampau dan kecewa terhadap takdir, itulah yang dilarang, sebagaimana dalam firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang:"Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh". Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam di hati mereka.." (Ali Imraan : 156) Itulah yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau bersabda:"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: "Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini..". Tapi katakanlah: "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Kerana perkataan "kalau," itu membuka amalan syaitan (yakni akan membuka pintu kesedihan dan kekecewaan. Ia berbahaya dan tidak bermanfaat. Tapi ketahuilah, bahawa apa saja yang menimpamu tidak akan pernah meleset. Dan segala yang meleset tidak akan pernah menimpamu. Allah berfirman: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.." (At-Taghaabun : 11) Para ulama menjelaskan bahwa yang dimaksud dalam ayat itu adalah seseorang yang tertimpa satu musibah lalu ia menyedari bahawa musibah itu berasal dari Allah, sehingga redha dan berserah diri. Yang kedua, penggunaan perkataan "kalau", untuk menjelaskan satu pengetahuan yang bermanfaat. Seperti firman Allah: "“Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.." (Al-Anbiya : 22) Bilakah manusia menggunakan perkataan kalau? Dan nombor 4 adalah yang paling popular. Perasan atau tidak, keempat-empat perkara itu mempunyai dua persamaan. Keempat-empatnya menggunakan perkataan kalau. Dan kalau kita perhatikan dengan lebih mendalam, keempatnya berbentuk harapan, dan masih belum menjadi realiti, atau kalau dalam kes no.2, ia berbentuk sesuatu penyesalan atas suatu yang telah terlepas. Maka kita dapat nampak bahawa, penggunaan kalau ini biasanya digunakan atas suatu yang tiada, masih tiada, atau telah tiada. Pada saya, siapa yang sering menggunakan ‘kalau’ dalam kehidupannya, maka dia tidak akan ke mana. Hakikatnya, ‘kalau’ itu tidak akan merubah apa-apa dan memberikan apa-apa. Malah, kadang-kadang, ‘kalau’ itu boleh merosakkan diri dan lebih teruk lagi, keimanan kita, terutama dalam kes nombor 2. Apabila kita hendakkan sesuatu, maka tidak cukup dengan hanya berangan-angan sahaja. Kehendak kita itu mestilah dituruti dengan langkahan usaha. Tidak cukup hanya melafaz ‘kalau nanti…’, ‘kalau nanti…’, sahaja. Mesti ada gerakan, mesti ada perancangan, mesti ada usaha. Kemudian, pastikan kehendak anda itu relevan dengan diri anda. Tidak relevan kepada orang lain tidak mengapa, tetapi mestilah relevan kepada diri kita. Biar orang tidak tahu bagaimana hendak merealitikan cita-cita kita, tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak membumikan kehendak kita. Itu yang penting. Bukan sekadar ‘kalau’. Sebab itu hanya angan-angan kosong tanpa buahan hasil. Ketika merancang pula, ‘kalau’ adalah amat berbahaya. Sepatutnya, dalam strategi perancangan, kita perlu merancang dengan apa yang ada di dalam tangan. Bukannya dengan benda yang ‘akan’ ada(atau dalam kata lain, masih tiada). Sebab perkara itu belum tentu ada. Contohnya, kita hendak merancang sebuah program. Kemudian kita dengar ada sebuah syarikat bermurah hati, menyatakan hajat mereka untuk menyumbang RM10,000. ‘Kalau’ dalam bentuk penyesalan juga tidak baik. Contohnya, kita telah melakukan kesilapan tanpa sengaja, atau mungkin, sengaja. Bila kita kesilapan kita itu memberikan kesan, maka mula lah kita menyatakan bahawa “ Kalaulah tadi aku….”, “ Kalau tadi jadi macam lain kan bagus?”…, “ kalaulah tadi tu…” Dan pelbagai kalau lagi akan keluar. Menyesal memang baik. Sekali dua ‘kalau’ disebut dalam bentuk penyesalan, tidak mengapa. Tetapi, bila penyesalan tadi berubah menjadi ‘kekecewaan’, maka ketahuilah bahawa syaitan sudah mula menarik anda sedikit demi sedikit ke lembah kekufuran. Terutama bila anda mula menyalahkan ALLAH SWT sebagai pemberi TAKDIR. Sebenarnya, atas suatu perkara yang sudah terjadi, adakah patut kita berlebih-lebihan kecewa ke atasnya? Bukankah ia telah terjadi? Siapakah PEMBERI natijah? Bukankah ALLAH? Siapakah yang mengetahui yang terbaik? Bukankah ALLAH? Jadi kenapa wujud ‘kalau’, ‘kalau’, ‘kalau’ dari mulut kita seakan-akan menyatakan bahawa penyusunan ALLAH itu bukanlah yang terbaik? Sepatutnya, bukan ‘kalau jadi begini kan bagus,” yang keluar dari mulut kita. Tetapi, penyesalan kepada diri, dan azam untuk tidak mengulangi kesilapan, atau azam untuk tidak berulang perkara yang sama perlu disematkan. Apa guna kecewa atas perkara yang telah berlalu? Sedangkan hayat kita masih terus berjalan, meminta untuk dimanfaatkan. Apakah yang ‘kalau’ boleh lakukan untuk sesuatu perkara yang telah terjadi? ‘Kalau’ tidak boleh merubah apa-apa. Hanya menambah rasa kecewa sahaja. Rumusan & Ringkasan: Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak. Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana: Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar. by Mohamad Zuhairi Abd Hadi on Monday, November 29, 2010 at 2:39am
0 comments:
Post a Comment