Post info


Comments 1


Author: f_24434


Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan ada
lah milik Allah,Dialah yang berhak mengaturkan segalanya.

Sudi-sudikanlah menghayati nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta ku mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan sesiapa. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, kesungguhanmu dan kiranya aku membenci, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci ego yg ada. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Wahai saudaraku, usah jadikan alasan sebagai satu urusan.. kiranya iblis pasti ada di antara nya. Yang suka melalaikan sesiapa, tanpa jemu. Aku juga sepertimu, tidak sekuat dan sekukuh "mereka". Cuma sedia memperbaiki, dan terus memperbaiki diri.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku terima, diriku hanyalah untuk DIA. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Jika ini akan menambahkan ketaqwaanku padaNya.

Inilah nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..

:)

1 comments:


  1. assalamualaikum.. dh lama xmnjenguk keblog yg ckup dikasihi ni.. menggigil selepas mmbaca post ni.. walaupun dituju pada insan bergelar suami, tpi adik terasa kehangatan cinta seorang hamba pada Penciptanya.. moga kebahagiaan dunia dan akhirat itu akan menjadi milik akak dan keluarga.. allahumma amiin.

Followers