Post info
Salam'alaikum ya sahabat~ sy tahu, ramai yg dah tak jenguk blog ni sebab lama di privatekan sebelum ni.. Maaf ye, private atas sebab-sebab tertentu. Ops~ sebelum tu jom kita panjatkan syukur kpd Allah di atas kurniaan nikmat yang masih dapat kita gunakan sampai sekarang even bernafas sekalipun! (bayanglaa gas udara pun beribu2 habis..ni anda guna oxygen yg Allah bg ni free je kan? sori trkeluar topik..untuk muhasabah diri sebenarnya ^^)
aha~ Ada apa pada "Plan kehidupan?".. anda dan anda semua yang membaca, pastinya anda semua ada plan kehidupan masing2 kan? seperti saya, tinggi cita-cita yang saya nak gapai. Saya nak jadi anak solehah! berbakti kpd umi ayah dengan belajar sungguh-sungguh (walaupun slalu jgk malas.. prkara biasa pada student..hehe).. skurang2nya saya nak ada degree! kemudian saya nak kerja, saya nak tolong umi ayah. hantar umi ayah pergi haji.. kemudian kemudian nak itu nak ini. Macam2 sampai tak terlist. ^^, tamak nya pulak.hehe..tapi takpe, nama pun plan. kemudian2 baru la fikir pasal kahwin. bab paling sensitif sebab bila cakap pasal kahwin mesti nak kene fikir banyaaaak sangat. pasal kehidupan selepas kahwin, kene kukuhkan ekonomi dulu...pasal kenduri (berangan mcm2 jugak nak kenduri mcm mne, kaler ape..konsep ape.. siap penah pilih tarikh dan umur yang sesuai..) sehingga target yang di plan tu tercapai la. nak rumah mcm mane, nak kereta ape.. Biasa la kanak2 kan. mcm2 yg diimpikan.. (tak sedar diri kejap dah besar..hehe) Sy tahu plan anda semua lagi hebat nak dibandingkan dengan plan yang sy susun ni. hehe..
Tapi...Saya nak tekankan kat sini, PLAN KEHIDUPAN tak semestinya apa yang dah kita listkan akan jadi 100%.. kan? kita cuma merancang, jangan pulak kita lupa yang MAHA PERANCANG yang dah susun sebaik2 susunan untuk kehidupan kita..
"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"
~We Plan, Allah also Plan,but Allah is the best planner!~
(walau cmne pun ALLAH adalah sebaik2 perancang!!)
Jadi, kalau anda nak tahu plan kehidupan saya sekarang.....
BERUBAH 360 darjah.
Kenapa? Kenapaa??? teruskan membaca ye.. (bawak bersabar :P)
Dengan perancangan Allah, ada sebuah lamaran yang akhirnya dipersetujui oleh umi ayah dan diikat dengan sebuah ikatan.. dan telah ditetapkan tarikh walimah dalam waktu yang memang agak dekat yang tak pernah la terfikir langsung dek akal fikiran sebelum tu.. @_@ (sampai skrg masih cuba mmpercayai.. tolonglah percaya kwn2).. dengan blaja diploma yang blum habis.. dengan persediaan yg mmg belum cukup.. dengan segala macam yang serasa tak mencukupi.. kan? (huhuhuu...)
Bagaimana pula dengan plan kehidpan yg sy dh susun semua tu?? Cuba anda check semula di atas.. (saya nak jadi anak solehah..)Beberapa kali juga saya persoalkan pada umi kesayangan sy.. Betulkah sy mampu? rasa macam tak sempat lagi nak balas jasa umi ayah... (dalam hati rasa2 impian akan terkubur..)..
tapi dengan mudah dan simple umi jawab..
"nak jadi anak solehah kan? wanita solehah kan? dengan taat pada suami nanti dah boleh selamatkan umi ngan ayah..lengkap dah jadi anak solehah tu cukupla dengan jadi isteri yang solehah.."
wah...jawapan umi sangat mantap T_T dan ianya sangat memberi kesan yang mendalam!! huuuu sob3.. syukran Allah, u give me a wonderful mother in da world!
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Bila baca nampak sangat mudah, MasyaAllah.. sy mohon pada Allah moga semuanya betul2 dipermudahkan.. apa yg umi pesan rupa2nya dengan pernikahan yang telah ditetapkan tu lengkap semua ciri2 untuk jadi anak solehah.. cuma saya tak pasti samada saya mampu lengkapkan ciri2 itu atau tidak. wallahu'alam, sama2 berusaha ke arah itu.. tawakkal pada Allah. Mungkin kehidupan lepas ini akan berubah betul2.. Sy perlu taat pada suami.. (YES BOS!) dan sy akan menjadi tanggungjawab pada seorang bakal suami yang telah Allah pilih. Hikmah besarnya? walaupun sy tak mampu untuk realisasikan cita-cita sy semua tu. Tapi dengan 1 susunan ayat yang umi cakap kt atas tu insyaAllah..boleh la sama2 dgn umi ayah gapai impian ke JANNAH NYA nnti ye umi ayah.. amiinn :')
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia..." QS Al Israa’ 17:23
kepada Umi, sy tak cakap "ah".. cuma sy banyak persoalan je kan?? hehe.. dan trima kasih kat umi yang banyak melayan kerenah anak dia yang sorg ni.. sy trima segala keputusan yang ditetapkan.. sy yakin Allah dah susun yang terbaik utk semua.. (walaupun memang tekejut gila2 jugak la)..tp xpe, dengan restu & doa umi ayah dah cukup dah untuk buat sy kuat.. maka matlamat perlu dikejar! nak jadi anak solehah.. Samikna wa atokna! insyaAllah ^^
PLAN KEHIDUPAN yang Allah susun lebih mudah dan menawan. kan?? anda macam mane?? (dh cm tv pulak.. hehe..) Mintak semua sahabat2 tolong doakan smoga smua dipermudah dan berjalan dgn lancar.. insyaAllah yang dikenali akan dijemput tanpa segan silu.. dan yang tak segan dan silu tu boleh je minta kad nanti..
wassalam ;)
0 comments:
Post a Comment