Post info


Comments 2


Author: f_24434

Assalamu'alaikum wbt, setinggi2 syukur kepada Allah swt yang mengatur segala perjalanan. Semalam bersamaan 13 november 2009 hari yang agak mengejutkan. Kenapa agaknya ye? hehe. Sebenarnya semalam saya menemani umi untuk menziarahi mama dan juga melawat ustaz kami yang akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan haji. "Plan" nye begini, kami singgah di rumah mama dan sama2 bertolak keluar untuk berjumpa dengan ustaz di "area" KL ini. Tetapi, secara tiba2 plan kami berubah dengan mendadak kerana Ustaz sedang didalam perjalanan ke Kelana Jaya di mana semua jemaah haji berkumpul dan tak dapat berjumpa dengan kami di KL. Umi kelihatan agak sedih dan secara kebetulan salah seorang murid ustaz, MakCik Ain boleh menumpangkan kami (umi,mama dan saya) ke Kelana Jaya naik "Nazaria". Alhamdulillah akhir sekali sampai la kami dengan selamat berpandukan "sign board" yang sedia ada. Boleh dikira kami adalah yang terawal hadir di Kelana Jaya. ^_^

Masjid tabung haji kelana jaya.

Kompleks tabung haji kelana jaya.

Mama (kiri) dan umi (kanan). Sementara menunggu ustaz.

Mama dan Makcik Ain. (trime kasih Mcik Ain tumpangkan kami ^_^)

Sebahagian dari beg jemaah haji.

Jeng2. Maka tibalah ketibaan yang berhormat Ustaz Ariffin.. :D
(yang pakai ihram siap2 tu)

Umi bergambar bersama ustaz.

Mama pun tak lepaskan peluang. haha..

Anak murid ustaz dan isterinya.

Camne? Handsome tak? hehe.

Family ustaz.

Berbual menghilangkan kebosanan.

Hampir lebih kurang beberapa jam. Azan asar telah kedengaran. Kami pun berangkat menunaikan solat asar di masjid tabung haji yang telah tersedia.

ha tak faham bahasa la tu. orang suruh tutup hp, pergi tangkap gambar pulak. haha.

Kubah masjid yang indah. Berseri2 dengan lampunya yang tak menyala lagi. (yelah siang kan.. membazir letrik je)

Aha!! kami pun menuju ke tempat kami duduk berbual tadi, tiba-tiba...

Datanglah wartawan metro yang ingin menemu ramah ustaz kami untuk dimuatkan ke dalam lambaian haji di Surat Khabar Harian Metro. (Beli jgn tak beli)

Sesi Temuramah..

Amboi org Bz temuramah, kita bergambar kat belakang je ye.. (Senyumm)

Hari telah pun menunjukkan "kegelapannya" hehe.

Kami pun berangkat pulang setelah ustaz dipanggil untuk "Check In".. Umi dan mama pula pekena Nasi Goreng Kampung & Mee Sup. Sempat singgah makan.. Sedap... hehe.. Sesampai di rumah, mmg katil nampak bersinar2 dan bercahaya kerana kami memang keletihan yang amat sangat akibat tak tahu boleh sampai ke malam, tu yg nampak katil bersinar2 tu.. pukul 1 pagi agaknye baru sampai rumah. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.. Kami doakan ustaz semoga mendapat haji Mabrur.. Jangan lupa doakan kami kat sini. amiinn.. Semoga perjalanan ustaz selamat insyaAllah.. akhir kata semoga anda terhibur.. ^_^

Assalamu'alaikum..

2 comments:


  1. salam...mana cameragirl nye..taknampak muka pun..

    semoga doa2 kalian memudahkan perjalanan ustaz..terima kasih pada semua yang sudi menghantar dan sabar menunggu sehingga malam..

  1. wa'alaikumussalam kak~~
    hehehe~ tlg kirim salam pada
    kak ily yer.. hihi..
    cameragirl nye malu..
    jadi segan nk letak.. ;p

    hehe~ amiinnn2...

Followers