Post info


Comments 0


Author: f_24434

Bismillah dan salam buat semua pengunjung blog.. Alhamdulillah, setinggi2 selawat buat junjungan besar Rasul Mulia. Setinggi2 syukur kepada Allah atas nikmat TAHUN BARU, nikmat pengalaman baru, nikmat pandangan baru, nikmat azam baru dan nikmat semangat baru..

Buat julung kalinya, "first time ever in my life" join program jejak belia METROPOLITAN anjuran ABIM! Overnight kat KLCC. Jangan main2.. Ulang semula "OVERNIGHT" kat KLCC, malam tahun baru pulak tu! Alhamdulillah umi ayah izinkan.. mcm tak tersangka dapat pergi, sebab ayah mula2 macam tak berapa nak bagi ~_~.. Mungkin sebab pergi dengan cousin.. Tq jgk kat Liena sebab mengajak cousinmu ini join program the best!!

Nak dimulakan cerita, sy sendiri tak tau program ni macam mane.. Mase dengar2 cerita tu sy dapat information,program ni cuma tgk2 suasana malam tahun baru. Tapi ade jgk terdengar tangkap2 orang buat maksiat (mmg rase SUKA dah ni, siap imagine nk pakai tag besar2 tulis "PENCEGAH MAKSIAT".. haha).. Dengan semangatnya pagi2 jumaat dah siap2 dah get ready nak pegi. Mmg sampai sana awal la, dalam kul 12 dah sampai.. Program start kul 3..... hehehe.

Ok, sampai2 je jumpa dgn cousin.. Solat.. makan.. Baru gi daftar kat masjid KLCC. Ready2 dengar taklimat dlm kul 3.. Memang best la.. Program ni sebenarnye Jejak Belia METROPOLITAN untuk sampaikan dakwah kepada mereka2 yg sewaktu dengannye. Alhamdulillah rase syukur "giler" dpt join program ni. Kita cuma terjah mereka dan berkenal-kenalan. Kaji selidik serba sedikit dan cucuk2 jarum dakwah sedikit sebanyak untuk mereka. Alhamdulillah syukur ya Allah.. SYUKUR diberi peluang dlm program se best ni.

Masa untuk pembahagian kumpulan, kalau ikut format program ni.. 1 kumpulan kne ade 4 lelaki 3 perempuan.. Tapi...... atas sebab MUSLIMAH memberi komitmen yg tinggi dlm program ni (paham2 la).. Group kami2 semua muslimah lebih.. Group sy 5 lelaki dan 8 perempuan. hahah..yg lain mungkin ade sampai 9 atau 10 perempuan. ok ok stop.

Pengisian group, sesi taaruf dan taklimat tambahan untuk semua org get ready malam tahun baru ni.. Macam2 pertanyaan dan probability yang keluar. Risau sume ade, atas sebab keselamatan kami2 ni. Bahaya kalau ade kes gaduh ke ape kan.. Tp Alhamdulillah kami diterapkan nilai untuk berkawan2.. bukan untuk marah2.. hehe.

Jeng2, masa yang ditunggu2.. Selepas isyak ade sedikit santapan rohani daripada panel2 khas untuk forum malam tu. Ustaz Zulkarnein Hamzah.. T_T tak bole la dengar ustaz ni mengaji @ zikir.. Mmg rase syahdu sampai mengalir2 air mata. Masa solat pulak ustaz tu imamkan.. Lagi la........... solat rase mcm ya Allah.. Ustaz ni..

Habis je forum, kami terus get ready berkumpul dlm kul 11 dan masing2 bersedia untuk bergerak.. Hanye menunggu detik jam berputar untuk menjalankan tugas masing2.. teng teng teng teng~ 12.00 am 01.01.11.. Mencurah2 bunga api kat kawasan KLCC dan sewaktu dengannya. First time dalam hidup tgk bunga api sedekat tu.. sgt2 terkejut. Saya sangat tak gembira.. Sangat..Sbb selalu tgk dalam TV je.. Melihat org sekeliling mcm !@#$#$*$%*^%.. Kemudian yg sy ingt hanya PALESTIN! Ya Allah bunyi dentum dentam.. KUAAAATT! sy x penah dgr mcm tu.. Sy trbayang2 bunga api tu umpama bom2 yang dilepaskan kt palestin.. bom2 yg memamah daging saudara kita.. :'(

Kemudian, kami terpaksa bersesak2 selepas bunga api habis dilepaskan. Semua orang berpusu2 keluar dari KLCC. Ya Allah RAMAINYAAA! orang2 rambut kalerful, pakaian x cukup kain, minum arak, menjerit2, group punk, group shuffle, group rempits.. huhuhu. Masa tu rase menggigil jgk lutut tgk keadaan mcm tu. RASE bersyukur sgt kat Allah, terima kasih sgt kt umi ayah, sbb sy x penah terdedah dgn keadaan mcm tu. Tak penah... huhu. Syukur..

Kemudian, selepas keadaan kembali tenang sikit.. Kami mulakan perjalanan kami dari KLCC sampai ke bukit bintang. Masuk pavilion sume. huhu.. Kami mulakan terjahan kat anak2 muda yang melepak, geng2 motor.. Couple2, ade group shuffle jgk kot. Cuma dorg tgh duduk kt tepi2. Group kami Alhamdulillah bekerjasama, ketua kumpulan dan kawan2 nye mmg bagus. Kalau tak silap nama ketua kumpulan kami "Mustaqim".. Maafla mmg tak ingat nama muslimin dlm group. huhu. Semua mad'u kami bg kerjasama yang baik.. Tp tu la, nampak org minum arak depan mata.. siap ade yg muntah2 lg. Lalu disco2 kt KL tu.. org menari2 tepi jalan.. org pakai pelik2.. huhu..

Bila kita jadi pendakwah, kita akan faham perkara sebenar.. Adik2 yang kami terjah dlm lingkungan umur 14 sampai 20.. Ya Allah, muda2 lg.. Kami sembang2 santai, kenal2an. Sebenarnye bila kita fikir2 semula.. Memang bukan salah mereka.. Bila tnya ibu bapa, dorg jawab ibu bapa dorg x kisah pun.. Nampak x? mereka x dpt apa yg kita dpt. Mungkin kita sudah ditarbiyah dari kecil, dididik dengan ilmu agama dari kecil. Tapi mereka? tidak berpeluang.. mereka? tidak tahu mana arah tuju mereka.. mereka? tiada pembimbing.. mereka? salah bertemu kawan. :( mereka? memang tak bersalah. inilah tugas kita untuk membantu mereka. Dengan program macam ni la mereka dpt sedikit sebanyak ilmu yang kita sampaikan. Mungkin sedikit sebanyak terkesan juga dihati mereka. InsyaALLAH.. Akak doakan adik2 semua dapat hidayah Allah..dan akak mohon smoga kita berjumpa lg satu hari nanti..amiiiinnn..

Memang itulah perjalanan yg memberi seribu satu pengalaman.. Seribu satu perjuangan, seribu satu kenangan dan seribu satu keseronokan.. itulah perjalanan paling bermakna.. Lebih kurang pukul 3 pagi baru kami pulang menuju masjid KLCC.. Tp salah sorg dalam group kami bawak kami pegi minum2 dulu. Sepanjang perjalanan tu, ramai jgk bagi salam kat kami2 ni. huhu.. tp xpela, sambil2 jalan tu boleh bg flyers untuk mereka. selepas minum2 tu.. kami balik ke masjid klcc balik..

Sampai2 je sume get ready untuk qiam.. Huuuuuuu ustaz Zul handle Qiamullail.. Ya Allah.. bestnyee.. seronok sangat.. Tapi memang agak menggigil jugak qiam malam tu. Mungkin tenaga dah terkurang masa berjalan, jadi masa qiam tenaga tu dah tinggal berapa percent je. Tak mengantuk, tapi lapar. =_=.. tu yang agak menggigil kot. Qiam diteruskan sampai ke pagi, hingga la solat subuh dan sedikit tazkirah subuh dari ustaz Zul.. Kemudian masa untuk rehat2 dan makan pagi.. Berkumpul dan buat rumusan.. Majlis penutup.. Balik ^_^

Itulah pengalaman yang paling paling paling bermakna.. Paling paling paling menakutkan. Tapi paling paling paling seronok. Semoga lepas ini saya berpeluang lagi join program jejak belia ni! Terima kasih Allah. Terima kasih bg pengalaman baru buat hamba yang kerdil ni..terima kasih Allah bg pandangan yang meluas dengan keadaan dunia yang diluar jangkaan sy.. Terima kasih Allah. T_T

Ahli group sy, Liena, Biha, Mimi, Safi, Ainun, ita, wani.. dan 5 org muslimin yg x bape ingt nama.. Syukran jazilan atas kerjasama yg diberi. Semoga bertemu lagi kelak dalam medan dakwah ini. Teruskan perjuangan kita. :)

Wassalam.

0 comments:


Followers